Hai, Assalamualaikum :) kadang-kadang kita terlalu bahagia, tapi kadang-kadang kita terlalu kecewa. Kita terlalu nak menjaga hati orang tapi orang takkan pernah terfikir untuk jaga hati kita. Kita selalu utamakan dia, tapi tak semestinya dia akan utamakan kita. Awak, kecewa tu perkara yang semua manusia akan rasa :( memang rasa dia sakit tapi tu lah hakikatnya. Manusia pandai menyalahkan orang lain dan tanpa sedar dia juga buat perkara yang sama kepada orang yang cukup menjaga dia. Saya kecewa. Saya sedih. Tapi insyaallah saya kuat. Ujian Allah. Allah takkan uji hambanya jika hambanya tak mampu :) Kuasa Allah, takdir Allah dan ujian Allah. Kita sebagai hambanya perlu sentiasa tabah. Awak yang cukup saya sayang. Kalau awak baca ni izinkan saya bagitahu yang kisah kita dah tinggal kenangan. Awak pernah jadi sahabat yang selalu nak yang terbaik untuk saya. Tapi semua tu dulu. Dulu sebelum awak kenal erti kehidupan. Dan dulu sebelum awak jumpa sahabat baru :')
Khamis, 21 November 2013
Immatured
yang ikhlas,
syuhada
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan